LIMA USAHAWAN BENTA TERIMA GERAN USAHAWAN MAKMUR BERNILAI RM10,000
Seramai lima usahawan sekitar Benta, di sini, menerima bantuan gerai di bawah Geran Usahawan Makmur bernilai RM10,000 seorang bagi membantu mengembangkan lagi perniagaan masing-masing.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika hadir ke Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) yang diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis, di sini, hari ini.
Hadir sama YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.
Antara penerima bantuan berkenaan ialah Puan Noriah Silah, 62, yang telah lebih 30 tahun mengusahakan dodol tradisional dikenali sebagai Dodol Noriah Kampung Terap.
Menurut Noriah, sumbangan itu akan digunakan bagi memperluas operasi perniagaannya.
“Sumbangan ini untuk membesarkan lagi perniagaan akak. Jadi mungkin akak kalau dapat nak berniaga dekat Benta pula, pasar Benta itu. Nak buka kedai sikit-sikitlah… dengan sumbangan inilah,” katanya.
Noriah turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang atas bantuan yang diterima.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memberi sumbangan ini dan ini boleh membolehkan akak membesarkan lagi perniagaan akak itu,” ujarnya.
Seorang lagi penerima, Noramira Khalimi, 37, yang mengusahakan perniagaan kedai makan dan katering di kawasan rehat dan rawat (R&R) Benta berkata, bantuan tersebut akan dimanfaatkan bagi menaik taraf kemudahan perniagaannya.
“(Sumbangan) nak baik pulih kedai dengan tambah barang-barang keperluanlah. Barang keperluan daripada segi alat-alat katering, contohnya macam peti ais.
“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memberi peluang kepada saya untuk mendapat geran daripada Kerajaan Pahang. Terima kasih banyak. Syukur Alhamdulillah. Ini rezeki untuk saya dan juga keluarga. Insya Allah. Terima kasih,” katanya.

Apa Reaksi Anda?