Mangsa banjir Kelantan meningkat lagi

Oleh : PAHANGKU
November 26, 2023 - 23:35 MYT
Mangsa banjir Kelantan meningkat lagi
Tinjauan beberapa penempatan rendah masih menerima aliran air menyebabkan paras banjir masih tinggi di sesetengah kawasan. - Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 718 orang sehingga 10 malam ini berbanding 623 orang petang tadi.

Kesemua mangsa daripada 204 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Bachok dan Pasir Mas.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat seramai 354 orang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor (67 orang).

Sementara itu di Pasir Mas pula, mereka ditempatkan di SK Tok Deh di Pasir Mas (232 orang) dan SK Kedai Tanjong seramai 65 orang. - SUMBER

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow