Atlet mengamuk di majlis perkahwinan tembak pengantin perempuan

Oleh : BARD
November 27, 2023 - 09:15 MYT
Atlet mengamuk di majlis perkahwinan tembak pengantin perempuan

Seorang pengantin lelaki mengamuk dan melepaskan tembakan rambang mengakibatkan empat orang maut, termasuk pengantin perempuan, sebelum menembak dirinya sendiri pada majlis perkahwinan di wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand.

Pengantin lelaki berkenaan merupakan atlet renang paralimpik kebangsaan dan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 malam (waktu tempatan) pada Sabtu itu turut menyebabkan seorang lelaki cedera parah.

Atlet berusia 29 tahun itu yang kehilangan kakinya dalam nahas jalan raya sebelum ini pernah memenangi pingat perak dalam Sukan Para ASEAN ke-11 di Indonesia tahun lepas.

Ketua Balai Polis Wang Nam Khiao, Pol Kol Rungroj Tang-amnuay berkata, pengantin lelaki menembak pengantin perempuan berusia 38 tahun, ibunya berusia 60 tahun dan adik perempuannya berusia 37 tahun.

Dua tetamu berusia 50 dan 28 tahun turut cedera terkena peluru sesat dan dikejarkan ke hospital.

Malangnya, lelaki berusia 50 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Siasatan awal mendapati tragedi berkenaan berlaku akibat pertengkaran antara pasangan pengantin baharu itu.

Akibatnya, pengantin lelaki itu bertindak mengambil sepucuk pistol dari dalam keretanya sebelum melepaskan tembakan. Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow