Objek disyaki serpihan angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan

Oleh : BARD
Januari 2, 2026 - 10:00 MYT
Objek disyaki serpihan angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan

Satu objek yang disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai Kampung Tanjung, Nenasi di sini pada Selasa lalu. 

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin  berkata, objek berkenaan dijumpai penduduk kira-kira 5 petang sebelum memaklumkan kepada pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

"Siasatan awal mendapati serpihan objek berkenaan dipercayai jatuh dari angkasa ke dalam laut sebelum dihanyutkan arus ke kawasan pantai di Nenasi,” katanya dalam kenyataan pada Khamis. 

Beliau berkata, objek yang dianggarkan berukuran 4.26 meter x 3.64 meter itu telah diuji serta diteliti pegawai Jabatan Tenaga Atom Malaysia semalam dan mendapati ia bebas daripada sebarang radiasi. 

Bagi tujuan keselamatan, objek berkenaan telah dipindahkan ke Balai Polis Nenasi di sini untuk simpanan sementara sebelum siasatan lanjut dijalankan kementerian berkenaan. 

Tinjauan Bernama di Balai Polis Nenasi mendapati garisan polis telah dipasang di sekeliling objek itu dan serpihan yang difahamkan mencecah berat ratusan kilogram itu kelihatan dipenuhi teritip dengan beberapa permukaannya terkopak serta rosak. 

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow