ONE CHAMPIONSHIP: JOHAN GHAZALI BAKAL BUAT PENAMPILAN PERTAMA JUMPA EDGAR TABARES

Oleh : PAHANGKU
November 10, 2023 - 11:03 MYT
ONE CHAMPIONSHIP: JOHAN GHAZALI BAKAL BUAT PENAMPILAN PERTAMA JUMPA EDGAR TABARES
Jojo mempamerkan aksi luar biasanya sepanjang beraksi dalam ONE Championship musim ini. - Foto Astro ARENA

PETARUNG muda negara, Johan 'Jojo' Ghazali, akan melakukan penampilan pertamanya dalam Primtime US, ONE Championship pada 8 Disember depan.

Pada hari berkenaan, bintang meningkat naik itu akan bertarung dengan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares, dalam pertarungan ONE Fight Night 17.

Kedua-dua petarung itu akan bertembung dalam acara flyweight di Stadium Tinju Limpinee di Bangkok, Thailand.
Jojo, 16, mempamerkan aksi luar biasanya sepanjang beraksi dalam ONE Championship musim ini.

Selepas mencuri tumpuan dengan meraih kemenangan KO 16 saat dalam One Friday Fights 6 pada Februari lalu, dia terus mempamerkan aksi dominan dalam siri mingguan Primetime Asia.

Antara yang menjadi mangsanya ialah Tai Sor Jor Piek Uthai, Samurai Seeopal dan Temirlan Bekmurzaev. - SUMBER

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow