PAHANG BERSIAP SEDIA HADAPI MONSUN TIMUT LAUT

Pagi tadi YB Dato' Sabariah binti Saidan, EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang merangkap ADUN Guai hadir bagi melancarkan Program Flag Off Misi Penghantaran Bekalan Makanan Kering ke Pengkalan Hadapan Daerah Bagi Tahun 2023/2024 di Kompleks Rakan Muda, Bera.
Seperti yang kita sedia maklum bahawa Monsun Timur Laut (MTL) diramalkan akan bermula pada 11hb Nov 2023 sehingga Mac 2024.
Jesteru itu Kerajaan Negeri Pahang telah bersiap sedia bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka akan berlaku banjir luar biasa disesetengah tempat.
Bagi menghadapi situasi itu semua agensi telah diarahkan bersedia selain penghantaran bekalan makanan kering ke semua daerah-daerah untuk diagihkan ke semua pusat pemindahan sementara sekiranya berlaku banjir.
Apa Reaksi Anda?






