Pahang tempat pertama di Wilayah Timur
Pahang telah menduduki tangga kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk prestasi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2 peratus selepas Selangor dan merupakan tempat pertama bagi Wilayah Timur.
Bagi prestasi ekonomi mengikut negeri, empat negeri mengatasi pertumbuhan di peringkat nasional iaitu Selangor yang berkembang 5.4 peratus, Pahang 5.2 peratus, Johor 4.1 peratus dan W.P. Kuala Lumpur 3.7 peratus.
Bagaimanapun Selangor, W.P. Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang utama, menyumbang 67.7 peratus kepada ekonomi Malaysia.
Tahniah kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan ini yang dipacu oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan.
Apa Reaksi Anda?











