“Pahang Wujudkan 37 Tadika Tahfiz, Lahirkan Generasi Huffaz”
Bagi memperkasakan agama Islam di Pahang, kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang telah melakar sejarah apabila 37 cawangan Tadika Tahfiz Negeri Pahang (TTNP) telah berjaya dibina dan beroperasi di seluruh negeri ini dengan kapasiti seramai 1,180 pelajar.
Ia membuktikan kerajaan negeri Pahang yang diterajui UMNO melasaksanakan dasar memperkasakan Islam di negeri ini. Berbanding Pas yang melaungkan jeritan Islam demi kepentingan politik peribadi.
Walaupun gelaran UMDAP dilaung sana sini, namun, pentadbiran kerajaan negeri Pahang senyap-senyap berjaya menubuhkan tadika tahfiz di setiap DUN. Tak perlu menggunakan pentas ceramah, di jalan raya melaungkan Islam, tetapi gagal apabila diberi kuasa.
Tapi hari ini, Pahang negeri yang tidak sibuk menjual slogan agama telah membuktikan keikhlasan dalam melahirkan generasi beragama.
Bandingkan dengan negeri-negeri yang kononnya "Serambi Mekah" dan "paling Islamik" air masih kotor, ekonomi lembap, peluang pekerjaan tak ke mana. Tapi ceramah penuh dengan retorik syurga dan neraka. Itulah beza PAS dengan UMNO.
kerajaan negeri telah membelanjakan RM7.4 juta sebagai kos operasi permulaan bagi merealisasikan tadika tahfiz di negeri ini.
inisiatif itu mampu melahirkan lebih ramai anak-anak tahfiz yang berwibawa di Pahang kerana kerajaan negeri turut menyediakan laluan pendidikan menyeluruh melalui sekolah rendah tahfiz dan maahad tahfiz kerajaan negeri.
Ada dua maahad tahfiz iaitu Maahad Tahfiz Profesional dan Maahad Tahfiz Turas, selain sebuah lagi sedang dibina di Kuala Lipis bagi menampung pelajar tadika tahfiz ini
Kerajaan negeri Pahang turut menyediakan Bantuan Yuran Pendidikan TTNP sebanyak RM250 seorang kepada anak-anak daripada keluarga B40.
Bantuan ini bukan sahaja mampu meringankan beban keluarga, malah membuktikan kesungguhan kerajaan negeri memberi ruang kepada seluruh rakyat Pahang untuk mendapat pendidikan ini.
Dalam pada itu, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) berjaya mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 1.20 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022. Daripada 54 calon menduduki peperiksaan tersebut, seramai tujuh calon berjaya mencatat keputusan cemerlang 11A, diikuti seramai 10 pelajar memperolehi 10A, seramai 17 pelajar memperolehi 9A dan 10 pelajar memperolehi 8A serta 11 pelajar mencatatkan keputusan 7A.
Maahad Tahfiz Negeri Pahang sekali lagi merekodkan prestasi membanggakan apabila dinobat sebagai sekolah terbaik di negeri itu dalam pencapaian keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Pahang tidak gembar-gembur agama untuk undi, Pahang laksanakan. PAS? Masih sibuk menyalahkan orang lain.
Tahniah kepada kerajaan negeri Pahang yang terus membuktikan bahawa Islam bukan dijaja, tetapi diterap dalam dasar pendidikan dan pembangunan insan.
Apa Reaksi Anda?











