Pas Ragu Kemampuan Muhyiddin, Calonkan Hamzah Sebagai Calon PM
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Ammar Abdullah yang secara terbuka menyebut Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin adalah watak penting strategi Pilihan Raya Umum akan datang adalah tamparan pedih buat Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ini memperlihatkan PAS cenderung sokong Hamzah, namun parti itu enggan menimbulkan ketegangan dengan Muhyiddin dan penyokongnya.
Mesej yang tersirat dalam kenyataan ini ialah Pas sudah mula meragui kemampuan Muhyuddin untuk memimpin PN menempuh PRU akan datang.
Muhyiddin juga sekarang tidak mampu membaca denyut nadi rakyat, tidak mempunyai naratif yang positif serta keenganan untuk berundur, mendorong Pas mula menilai semula arah kepimpinan PN.
Walapun Pas masih dalam PN bersama Bersatu, sokongan rakyat semakin terhakis. Beberapa Pilihan Raya Kecil yang tidak memihak kepada PN juga salah satu punca Pas mesakan kepimpinan tertinggi PN perlu ditukar.
Dalam pada yang sama, Muhyiddin sekarang didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, bagi parti berkenaan.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Presiden Bersatu itu juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.
Beliau juga didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik parti Bersatu di AmBank cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya dekat sini, pada 7 Jan 2002.
Kes yang dihadapi oleh Muhyiddin ini telah menghilang keyakinan rakyat terhadap PN. Muhyiddin bukan lagi aset kepada PN, malah kini dilihat liabiliti politik yang sedang mengheret PN ke arah kehancuran.
Bersatu bukan lagi abg besar dalam PN, Pas sudah mula menunjukkan taring mereka, mereka sudah mengorak langkah untuk mengambil alih sepenuhnya PN daripada Bersatu.
Nampaknya, masa depan PN diambang kehancuran dan bakal terkubur awal akibat masalah dalaman yang gagal ditanggani.
Apa Reaksi Anda?











