Titah Adendum: Wan Rosdy Berani Demi Keadilan Dan Kedaulatan Raja

Oleh : BARD
Julai 16, 2025 - 14:00 MYT
Titah Adendum: Wan Rosdy Berani Demi Keadilan Dan Kedaulatan Raja

Selepas 527 hari, kebenaran akhirnya terzahir, Jabatan Peguam Negara akhirnya mengakui kewujudan titah addendum yang membolehkan bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan rumah.

Afidavit yang dikemukakan oleh Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail  bukan rekaan, mitos atau pun ‘hear say’, ia berpaksikan kebenaran.  Tindakan Wan Rosdy ini satu tindakan berani demi keadilan untuk Dato' Sri Mohd Najib.

Apabila pihak yang berkuasa sendiri mengesahkan kewujudan titah ini, apakah lagi alasan untuk menafikan hak seseorang warganegara?

Ketegasan Naib Presiden sekali lagi dapat dilihat dengan kenyataan agar proseding ini dihentikan, dihormati dan titah ini dilaksanakan dengan segera.

UMNO tidak pernah lari daripada prinsip kedaulatan undang-undang dan pengasingan kuasa. Namun dalam masa yang sama, UMNO juga adalah parti yang sentiasa mempertahankan institusi Raja sebagai payung negara dan penjaga keadilan. Keadilan bukan hanya pada hukuman, tetapi juga pada ruang pengampunan yang dijamin Perlembagaan.

Tidak ramai pemimpin yang berani bersuara demi menjunjung titah Raja dalam suasana politik hari ini. Tetapi YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy memilih untuk berdiri teguh di sisi kebenaran, bukan tunduk pada arus populis atau tekanan media sosial.

Ini bukan soal politik semata, ini soal prinsip dan penghormatan kepada sistem Raja Berperlembagaan. Titah addendum adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong. Bila Jabatan Peguam Negara sendiri mengakui kewujudannya, maka tiada alasan lagi untuk berlengah.

Dato’ Sri Najib Razak, sebagai bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang banyak berjasa kepada negara, berhak mendapat pertimbangan yang adil atas semangat titah tersebut. Jangan biarkan keadilan dipolitikkan, apatah lagi ditangguhkan kerana tekanan sesetengah pihak yang bersifat selektif terhadap prinsip hukum..

UMNO Pahang tidak akan berundur. UMNO Pahang berdiri bersama Dato' Sri Diraja Wan Rosdy. Titah tuanku akan dijunjung demi keadilan untuk Dato’ Sri Najib Razak tanpa takut, tanpa tunduk, tanpa gentar.

Keadilan untuk Dato' Sri Najib tidak boleh ditangguh lagi!

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow