Pembunuhan Zayn Rayyan: Operasi sedut air sungai ditangguh sebab hujan

Oleh : PAHANGKU
Disember 12, 2023 - 15:30 MYT
Pembunuhan Zayn Rayyan: Operasi sedut air sungai ditangguh sebab hujan
Anggota bomba membawa keluar mesin pengepam air, yang dipercayai digunakan untuk operasi menyedut air sungai. - Gambar/ Astro AWANI

PETALING JAYA: Operasi menyedut keluar air di anak sungai berdekatan lokasi penemuan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin terpaksa ditangguhkan hari ini susulan hujan lebat di lokasi kejadian.

Pemerhatian Astro AWANI mendapati pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Sungai Buloh meninggalkan lokasi sekitar 2.30 petang.

Anggota turut membawa keluar mesin pengepam air, yang dipercayai digunakan untuk operasi tersebut.

Operasi menyedut air merupakan sebahagian daripada proses siasatan pada hari keenam bagi mengumpul petunjuk baharu dalam menjejaki penjenayah kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Terdahulu, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tiba di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, sekitar pukul 11.45 pagi.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, sekitar jam 10 malam pada 6 Disember lalu.

Kematian Zayn Rayyan kemudian diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu. - SUMBER

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow