PR1MA Pahang: Kerajaan Negeri Usaha Keras, Negeri SG4 Asyik Janji Kosong

Oleh : BARD
Ogos 8, 2025 - 15:42 MYT
PR1MA Pahang: Kerajaan Negeri Usaha Keras, Negeri SG4 Asyik Janji Kosong

Alhamdulillah, pagi ini kita dapat saksikan betapa kerajaan negeri Pahang benar-benar menjaga kebajikan rakyat dengan menyerahkan 196 unit rumah PR1MA di Sri Damai, Kuantan. Tak cukup dengan itu, pelancaran projek PR1MA Pahang Pandan yang melibatkan ratusan unit rumah untuk dua fasa serta rancangan pembinaan 110 unit rumah berkembar di Sungai Soi jelas membuktikan betapa seriusnya kerajaan negeri berusaha untuk pastikan rakyat dapat rumah mampu milik.

Kerajaan negeri faham betapa pentingnya rumah sebagai tempat berteduh dan membina masa depan keluarga. Dengan adanya rumah mampu milik ini, impian ramai rakyat Pahang untuk memiliki rumah sendiri makin hampir jadi kenyataan.

Tapi bila kita tengok PAS di negeri-negeri lain pula, lain pula ceritanya. PAS Kelantan dan Terengganu yang selama ini melaungkan diri mereka sebagai juara rakyat, langsung gagal menyediakan penyelesaian konkrit untuk isu rumah mampu milik. Rakyat masih bergelut dengan kesempitan hidup, rumah yang ada makin uzur dan projek perumahan baru langsung tak nampak bayang.

PAS Kedah dan Perlis pula tak kurang hebatnya dalam hal yang sama. Janji-janji manis bertebaran, tapi bila sampai bab tindakan, macam hilang entah ke mana. Rumah untuk rakyat macam mimpi di siang hari. Dalam masa yang sama, kos sara hidup makin naik, tapi PAS ni nampaknya lebih sibuk dengan politik drama daripada nak fokus selesaikan masalah rakyat.

Jadi, kepada semua rakyat Pahang, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis. Lihatlah siapa yang benar-benar berusaha dan siapa yang hanya pandai bercakap. Rumah mampu milik PR1MA ini adalah bukti nyata kerajaan negeri peduli dan bekerja untuk masa depan kita semua.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow