Rebut Ganjaran Ramadan, Tingkatkan Ibadah – Wan Rosdy
Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail menzahirkan ucapan Salam Ramadan Al-Mubarak 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat di negeri Pahang.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan rahmat, yang mendidik jiwa agar sentiasa bersih, memperbaiki akhlak serta mempereratkan hubungan sesama insan.
“Alhamdulillah, kita semua dipertemukan kembali di bulan Ramadan tahun ini, bulan yang mendidik jiwa, membersihkan hati, memperbaiki akhlak serta mempererat hubungan sesama insan.
“Marilah kita manfaatkan setiap detik Ramadan ini dengan memperbanyakkan ibadah, menghidupkan al-Quran, menyuburkan amalan sedekah, serta memperkukuh semangat kebersamaan dan kasih sayang dalam keluarga dan masyarakat.
“Semoga setiap pengorbanan, doa dan amal soleh yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT dan menjadi bekalan untuk kehidupan di dunia dan akhirat,” katanya dalam satu kenyataan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau dalam masa yang sama berharap Ramadan kali ini menjadi medan untuk memperkukuh perpaduan, meningkatkan keinsafan serta menyemarakkan budaya saling membantu demi kesejahteraan bersama.
Apa Reaksi Anda?











