Roy Azman, keluarga terselamat kereta rentung

Oleh : PAHANGKU
Disember 4, 2023 - 12:14 MYT
Roy Azman, keluarga terselamat kereta rentung
Roy memuat naik video keretanya sedang terbakar dan keadaan kenderaannya selepas kejadian. - Foto IG Roy Azman

KUALA LUMPUR: Pelakon Roy Azman dan keluarga berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki tiba-tiba terbakar sehingga rentung, semalam.

Berkongsi kejadian mengerikan itu menerusi hantaran di Instagram (IG), pemilik nama lengkap Zairosminan Abdul Rahman, 53, meluahkan rasa syukur kerana dia bersama isteri dan anak bongsu sempat menyelamatkan diri ketika kejadian berlaku di tengah lebuh raya itu.

"Salam semua. Alhamdulillah saya, isteri dan anak bongsu sempat lari keluar kereta. Syukur," tulisnya.

@bharianmy

Pelakon, Roy Azman bersama isteri dan anak bongsunya terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbakar ketika melalui sebuah lebuh raya. ♬ original sound - Berita Harian

Melalui hantaran sama, pelakon filem magiK itu turut memuat naik video keretanya sedang terbakar dan keadaan kenderaannya itu selepas kejadian.

Bagaimanapun, Roy tidak menyertakan butiran terperinci kejadian. Sebaliknya hanya mengucapkan terima kasih kepada individu yang menemaninya membuat laporan polis.

Roy bersyukur terselamat bersama isteri dan anak bongsu apabila kereta terbakar hingga rentung di tengah lebuh raya. - Foto IG Roy Azman

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti merakamkan rasa syukur san mendoakan Roy serta keluarga dilindungi daripada segala musibah. - SUMBER

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow