Hamas bebas 110 tebusan

Oleh : PAHANGKU
Disember 4, 2023 - 12:23 MYT
Hamas bebas 110 tebusan
Foto hiasan. - Reuters

GAZA: Hamas sudah membebaskan kira-kira 110 tebusan wanita dan kanak-kanak sejak gencatan senjata berakhir Jumaat lalu.

Mereka terdiri daripada 86 warga Israel dan 24 warga asing yang kebanyakannya warga Thailand.

Menurut laporan portal The National News yang memetik jurucakap Kerajaan Israel, Eylon Levy, sehingga semalam sebanyak 137 tebusan kekal di Gaza dengan 117 daripada mereka adalah lelaki, termasuk dua kanak-kanak dan selebihnya wanita.

Beliau mendakwa tebusan termuda, Kfir Bibas berusia 10 bulan dan abangnya Ariel berusia empat tahun serta ibu mereka Shiri antaranya yang belum dibebaskan.

Pada hujung minggu lalu juga menyaksikan pihak berkuasa Israel mengeluarkan nama beberapa tebusan yang meninggal dunia ketika dalam tahanan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa rejim Zionis tidak mendedahkan secara khusus tetapi mengikut keterangan, ada tebusan yang didakwa sudah dibebaskan.

Terdapat juga rakan tawanan mereka yang dibunuh.

Pejabat Perdana Menteri Israel mendakwa kira-kira 10 daripada tebusan yang masih berada di Gaza berumur 75 tahun atau lebih.

Majoriti adalah warga Israel, manakala 11 warga asing termasuk lapan dari Thailand, masing-masing seorang dari Nepal, Tanzania dan Perancis-Mexico.

Berikutan nasib tebusan yang tidak menentu, keluarga tawanan menganjurkan kempen untuk menekan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya bertindak.

Kini, nama dan wajah tebusan terbabit terpampang pada papan tanda jalan, di luar Knesset dekat Baitulmaqdis dan tempat awal lain.

Pada minggu lalu, saudara dan penyokong kempen terbabit melepaskan ratusan belon berwarna jingga ke udara untuk menarik perhatian kes mereka. - AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow