Rumah kedai terbakar di Jalan Mahkota

Oleh : BARD
September 10, 2025 - 10:00 MYT
Rumah kedai terbakar di Jalan Mahkota

Tiga rumah kedai di Jalan Mahkota, di sini terlibat dalam kebakaran pada Selasa.

Dalam kebakaran yang dilaporkan jam 8.45 malam itu, sebuah kedai hampir musnah sepenuhnya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sebuah kedai rosak 50 peratus manakala sebuah lagi hanya mengalami kerosakan 10 peratus melibatkan bahagian bumbung.

Menurutnya, kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa.

"Selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan ke lokasi untuk operasi memadam kebakaran.

"Operasi turut dibantu anggota dan jentera dari BBP Taman Tas, BBP Gebeng dan BBP Indera Mahkota, melibatkan keanggotaan keseluruhan 46 orang" katanya.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow