“Solidariti Tanpa Kompromi – Pahang Bersama Global Sumud Flotilla”
Isu penahanan sukarelawan Global Sumud Flotilla oleh rejim Zionis Israel membuka mata dunia sekali lagi tentang kezaliman yang tidak terhenti sejak sekian lama. Apa yang menyedihkan, mereka yang ditahan ini bukanlah pejuang bersenjata, tetapi sukarelawan berhati murni yang berlayar dengan niat ikhlas untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin memerlukan bantuan makanan, ubat-ubatan, pakaian, susu kanak-kanak dan sebagainya.
Dalam situasi getir ini, Pahang di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail tampil dengan pendirian tegas. Beliau bukan sekadar mengeluarkan kenyataan bersimpati, tetapi mengangkat solidariti negeri dengan menyeru rakyat Pahang turun bersama dalam Himpunan Sumud Flotilla pada 3 Oktober 2025 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan. Inilah bukti nyata bahawa Pahang tidak sekadar bercakap, tetapi bertindak.
Bezanya jelas, sementara ada pihak politik lain yang sering menjadikan isu Palestin sebagai bahan retorik di pentas ceramah, melaungkan slogan dan ayat-ayat emosional demi undi, kerajaan negeri Pahang mengambil pendekatan berbeza. Solidariti Palestin tidak dijadikan modal politik, sebaliknya diterjemahkan melalui doa, sokongan terbuka, dan gerakan bersama rakyat.
Pahang berdiri bersama rakyat Palestin dan menyokong perjuangan kemanusiaan. Solidariti terhadap Palestin bukan sekadar slogan, tetapi amanah kemanusiaan yang dizahirkan dalam tindakan.
Seramai 12 daripada 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan ditahan tentera Israel setakat ini, selepas kapal mereka dipintas semalam ketika dalam pelayaran menuju ke Gaza.
Menurut sistem pengesan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), setakat jam 11 pagi ini, sembilan lagi tidak diketahui status mereka manakala dua lagi masih dilihat meneruskan pelayaran.
2. Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman - Kapa Alma
3. Iylia Balqis Suhaimi - Kapal Alma
4. Sul Aidil - Kapal Alma
5. Haikal Abdullah - Kapal Sirius
6. Muhammad Muaz Zainal Abidin - Kapal Sirius
7. Zulfadhli Khiruddin - Kapal Sirius
8. Rusydi Ramli - Kapal Sirius
9. Nur Heliza Helmi - Kapal Hio
10. Nur Hazwani Afiqah Helmi- Kapal Hio
11. Nurfarahin Romli (Farah Lee) - Kapal Grande Blu
12. Danish Nazran Murad - Kapal Grande Blu
Apa Reaksi Anda?











