SULTAN JOHOR DIPILIH YANG DI PERTUAN AGONG KE 17

Oleh : ANAK CILI
Oktober 27, 2023 - 14:01 MYT
SULTAN JOHOR DIPILIH YANG DI PERTUAN AGONG KE 17

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khas hari ini bersetuju memilih Sultan Ibrahim menjadi Agong ke-17.

Baginda akan menggantikan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dari Pahang, yang penggalnya akan tamat pada 30 Jan tahun depan.

Bulan lalu, Sultan Ibrahim menzahirkan kesediaan baginda melaksanakan tugas untuk negara dan rakyat.
Sultan Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 di Istana Negara yang berlangsung sejak Rabu.

Bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Sultan Ibrahim mempunyai enam anak iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail; Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah; Tunku Idris; Tunku Abdul Rahman; Tunku Abu Bakar; dan Tunku Abdul Jalil, yang mangkat pada 2015.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow