SYED SADDIQ CIPTA REKOD DI MALAYSIA SEBAGAI WAKIL RAKYAT PERTAMA KENA HUKUM SEBAT
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan ahli politik muda yang dilihat mempunyai laluan mudah sampai ke puncak . Beliau mencipta sejarah sebagai individu termuda dalam sejarah di Malaysia dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan ketika berusia 25 tahun.
Pencapaian beliau sekaligus memadam rekod Najib Tun Razak yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan ketika berumur 33 tahun dimana ketika beliau berusia 25 tahun memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada tahun 1978.
Antara kata kata Syed Saddiq yang menjadi tagline beliau adalah membersihkan dunia politik dari segala kebobrokan yang selama ini menjadi aspirasi kepada beliau ,
“Saya masuk parti ini kerana saya menentang pemimpin memakan rasuah, salah guna kuasa dan mahu membersihkan politik negara. Dalam bab ini, sebagai pemimpin muda, kita perlu berani kerana benar dan ia adalah salah satu kata-kata yang sentiasa didedahkan kepada ahli parti ini.
“Saya tidak bersetuju dengan tindakan diambil untuk bekerjasama dengan Umno secara keseluruhan yang dipimpin oleh pemimpin rasuah".
Politik adalah perlaksanaan kata kata dan bukan retorik semata mata. Pencapaian sebagai pendebat membuka ruang mudah untuk terjun di dunia politik dimana dia merupakan pendebat Terbaik Asia di pertandingan Asian British Parliamentary (ABP) (3 kali) dan Pendebat terbaik dunia Islam OIC (2 kali).
Rekod demi rekod dicipta termasuklah menjadi wakil rakyat pertama di Malaysia yang menjalani hukuman sebat atas kesalahan jenayah kolar putih. Beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat peecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram (AMLA).
Selain itu beliau turut dikenakan hukuman 7 tahun penjara dan denda 10 juta. Hukuman sebat adalah mandatori bagi pertuduhan pecah amanah jenayah dan salah guna harta bagi pesalah yang berumur 50 tahun ke bawah.
Antara kata kata beliau sejurus dijatuhkan hukuman “Selaku ahli politik juga, saya perlu menjadi lebih putih daripada putih,” katanya.
Cuma beliau perlu sedar akibat sebatan itu tidak akan menjadi punggung berwarna putih tetapi parut kehitaman yang akan kekal sepanjang hayat sebagai bukti beliau adalah pesalah jenayah kolar putih sekiranya rayuan beliau tidak diterima di Mahkamah Rayuan.
Peribahasa Melayu ada mengungkap “kata periuk belanga hitam” yang menggambarkan orang yang memburukkan atau mengkritik orang lain walhal dia pun melakukan perkara yang sama.
#pedas berapi
Apa Reaksi Anda?











