Tasik Chini sedia terima kunjungan pelancong

Oleh : BARD
Jun 24, 2024 - 12:00 MYT
Tasik Chini sedia terima kunjungan pelancong

Tasik Chini bersedia sepenuhnya menerima kehadiran pelancong luar dan dalam negara selepas pelbagai kemudahan disediakan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) termasuk pelancongan berasaskan pendidikan.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, langkah itu dilihat dapat mengembalikan semula kegemilangan pusat pelancongan terbabit.

'Kita juga menggalakkan pihak universiti, institut pengajian dan sekolah mengadakan rombongan ke Tasik Chini. Pelajar, murid dapat mempelajari khususnya tentang alam sekitar serta keunikan di sini (Tasik Chini).

"Jadi, antara aktiviti yang tersedia ialah pengunjung akan didedahkan dengan gaya hidup, budaya orang asal, alam semula jadi seperti tumbuhan dan haiwan di sekitar pusat pelancongan itu selain pengetahuan mengenai pengurusan serta keselamatan dalam air," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penutupan program sesi libat urus penyediaan pelan pembangunan pengurusan Tasik Chini Rizab Biosfera di Pusat Penyelidikan Tasik Chini di sini pada Ahad.

Mengulas penyediaan pembangunan pelan terbabit, Yu Man berkata, tindakan termasuk jangka masa pendek dan panjang perlu dilaksanakan segera bagi menghidupkan semula Tasik Chini.

Tambahnya, sebanyak 18 agensi dan empat wakil dari perkampungan Orang Asli terlibat dalam perbincangan terbabit yang memfokuskan kepada canaran serta 
Yu Man memberitahu pelan pembangunan pengurusan ini akan siap sepenuhnya pada bulan Oktober.

"Walaupun pelan ini siap pada bulan Oktober, tetapi masa ini, kita sudah boleh melakukan sesuatu untuk mengembalikan imej atau persepsi (Tasik Chini), tapi ia memerlukan masa lama membetulkan persepsi tasik ini.

"Jadi, kita mengharapkan rakan media dapat membantu dari segi ini sama ada melalui siaran akhbar atau media sosial termasuk travel pelancong dalam aspek promosi," ujarnya.

Selain itu, Yu Man turut meminta pihak Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) memainkan peranan selain mengharapkan kerjasama komuniti setempat untuk mempromosikan Tasik Chini.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow