Tiga penduduk Apartmen Idaman ditahan tiada kaitan kes bunuh Zayn Rayyan

Oleh : PAHANGKU
Disember 13, 2023 - 15:15 MYT

PETALING JAYA: Polis menahan tiga individu dipercayai penagih dadah selepas melakukan saringan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) beramai-ramai di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata ketiga-tiganya adalah penduduk apartmen berkenaan dan didapati keputusan dalam saringan itu mendapat mereka positif pelbagai jenis dadah.

Bagaimanapun, katanya, semua mereka tiada kaitan dengan siasatan membabitkan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 tahun.

"Kebetulan ketika kami melakukan Mass DNA Screening itu, mereka positif dadah, jadi kita tahan untuk ujian saringan air kencing.

"Mereka tiada kaitan dengan siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Hussien memaklumkan, keputusan berkaitan ujian DNA secara beramai-ramai penduduk Apartment Idaman dijangka diperoleh dalam tempoh dua hingga tiga hari.

Saringan dijalankan dalam usaha polis mengesan pembunuh kanak-kanak itu.

Semua 228 DNA sampel itu diambil daripada sebahagian penduduk di semua 18 blok Apartmen Idaman.

Dalam pada itu, katanya, polis sudah selesai melakukan proses pertanyaan dan pemeriksaan daripada rumah ke rumah di keseluruhan 18 blok membabitkan 2,484 unit kediaman dan kedai di apartmen terbabit. - SUMBER

Sepasukan anggota daripada Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor membuat pemeriksaan semula di lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui, baru-baru ini. - Foto BH
Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow