Pantai Timur dijangka dilanda hujan berterusan hingga esok

Oleh : PAHANGKU
Disember 13, 2023 - 16:22 MYT
Pantai Timur dijangka dilanda hujan berterusan hingga esok
MetMalaysia mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga esok. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan di Kelantan ia melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Pahang pula kawasan terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin, selain seluruh kawasan negeri Terengganu. - BERNAMA

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow