Tuan Ibrahim Tuan Man akui cela pemimpin perkara biasa?
Sesi Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang yang sedang berlangsung “panas” apabila isu siaran langsung Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang sekali lagi mencuri perhatian. Ianya rentetan daripada tindakan Facebook Pemuda PAS Pahang yang melakukan provokasi terhadap YAB Menteri Besar Pahang.
“Gesaan untuk siarkan Sidang DUN secara langsung jika MB Pahang anak Jantan “di muatnaik di facebook Pemuda PAS Pahang pada 2 Mei sebelum Sidang Dewan Undangan berlangsung. Posting tersebut menyebabkan YAB Menteri Besar Pahang membatalkan hasrat untuk mengadakan siaran langsung Dewan Undangan Negeri Pahang kerana beliau merasakan PAS akan mengambil miliege politik kononnya siaran langsung Dewan Undangan Negeri Pahang dibuat atas desakan Pemuda PAS Pahang.
Tuan Ibrahim Tuan Man membangkitkan isu yang sama ketika beliau bangun untuk membahaskan Titah DiRaja yang mempersoalkan kenapa siaran lansung tidak diadakan bagi memberikan liputan persidangan serta memberikan akses kepada rakyat untuk mengikuti perkembangan perbahasan di Dewan Undangan Negeri.
YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail bangun mencelah lalu menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri dan Speaker Dewan Undangan Negeri YB Dato Sri Mohd Sharkar Shamsuddin pada awalnya sudah bersetuju tetapi dibatalkan di saat akhir kerana provokasi Pemuda PAS Pahang.
Pada 8 Mei sekali lagi memuatnaik satu posting yang berbunyi “MB Pahang penakut”. Posting tersebut adalah respon yang diberikan oleh Pemuda PAS Pahang yang tidak berpuashati dengan keputusan yang telah dibuat sekalipun Speaker Dewan Undangan negeri berjanji untuk menyiarkan siaran langsung pada persidangan dewan akan datang yang dijangka akan berlangsung bulan Ogos.
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia & Sukan dan Badan Badan Bukan Kerajaan YB Tuan Mohd Fadzli Kamal ketika ucapan penggulungan membidas kenyataan Pemuda PAS Pahang yang disifatkan ttidak beradab dan menghormati pemimpin utama negeri Pahang dan merasa kesal akan kenyataan provokasi tersebut yang bukan menjadi budaya politik di Pahang.
Sekalipun, Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan Ketua Pembangkang yang juga Timbalan Presiden PAS bangun mencelah untuk menjelaskan keadaan tetapi jawapan yang diberikan seolah oleh merestui cara dan tindakan mencerca pemimpin.
“Provokasi politik ini biasa, dan kita tidak ambil hati sangat, pemuda cara pemuda, wanita cara wanita, kita lebih rasional dan ambil maklum apa yang YAB Menteri Besar sebut”.. kata YB Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Pembangkang.
Apa yang menimbulkan persoalan, apakah Timbalan Presiden PAS yang juga ADUN Cheka bersetuju dengan cara Pemuda PAS mencerca pemimpin dengan cara tidak beradab begitu sedangkan Pemuda UMNO Pahang tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap kepimpinan PAS di Pahang.
Jika cercaan itu dianggap budaya PAS dalam berpolitik maka amat malang bagi rakyat yang memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka kerana PAS menjadikan Islam sebagai nama parti. Apakah cercaan yang mengundang permusuhan itu selaras dengan ajaran Islam?
Nampaknya Pemuda PAS akan gigit jari kerana keceluparan mereka menyebabkan YAB Menteri Besar Pahang akan menimbang semula cadangan untuk mengadakan siaran langsung pada persidangan akan datang.
Sendiri mau ingat
Pedas Berapi
Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











