303 Pemimpin FELDA Terima Manfaat Inisiatif Makmur Pahang

Oleh : BARD
Disember 8, 2025 - 11:00 MYT
303 Pemimpin FELDA Terima Manfaat Inisiatif Makmur Pahang

Seramai 303 pemimpin dari 115 rancangan FELDA di seluruh Pahang menerima manfaat di bawah Inisiatif Makmur (IM) Pahang, sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri terhadap peranan penting mereka dalam pembangunan komuniti.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, berkata insentif tersebut melambangkan komitmen berterusan kerajaan menghargai pemimpin akar umbi yang menjadi jambatan penghubung antara kerajaan dan rakyat.

“Majlis ini bukan sekadar penyerahan insentif, tetapi tanda kasih, penghargaan dan pengiktirafan kepada pemimpin akar umbi yang sentiasa bersama aspirasi Kerajaan Negeri,” ujar beliau pada Majlis Penyerahan Inisiatif Makmur Pahang kepada Timbalan Pengerusi, Setiausaha JKKR serta Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita (GWP) FELDA Pahang 2025 yang berlangsung di Kompleks Yayasan Pahang.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB Dato' Amizar Abu Adam, yang menjelaskan pecahan insentif kepada pemimpin FELDA.

Menurut beliau, kadar insentif ditetapkan seperti berikut:

Timbalan Pengerusi JKKR: RM500

Pengerusi GWP FELDA: RM500

Setiausaha JKKR: RM200

Katanya, insentif tersebut adalah tanda ingatan dan penghargaan Kerajaan Negeri terhadap jasa peneroka dan generasi mereka yang memainkan peranan besar dalam kemajuan FELDA di Pahang.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow