844 Atlet Pahang Terima Insentif Makmur Pahang 2025 Sebagai Penghargaan Jasa & Kejayaan

Oleh : BARD
Disember 5, 2025 - 11:00 MYT
844 Atlet Pahang Terima Insentif Makmur Pahang 2025 Sebagai Penghargaan Jasa & Kejayaan

Seramai 844 atlet Pahang menerima sumbangan RM300 setiap seorang melalui Inisiatif Makmur Pahang Kluster Atlet Makmur 2025, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan, pengorbanan serta kejayaan mereka mengharumkan nama negeri dan negara dalam pelbagai disiplin sukan.

Majlis penyerahan insentif berlangsung di Swiss-Belhotel Kuantan dan telah diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan NGO Pahang, YB Tuan Fadzli Mohamad Kamal, yang mewakili Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut YB Fadzli, pemberian insentif ini mencerminkan komitmen dan keprihatinan kerajaan negeri terhadap usaha berterusan para atlet yang banyak menyumbang kepada pencapaian Pahang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Semoga pengiktirafan ini menjadi suntikan semangat kepada semua atlet Pahang untuk terus gigih berlatih serta mencapai kejayaan lebih gemilang pada masa hadapan,” katanya.

Program Kluster Atlet Makmur 2025 merupakan sebahagian daripada agenda Makmur Pahang, yang memberi tumpuan kepada kebajikan dan pembangunan modal insan termasuk golongan atlet. Inisiatif ini menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan kesejahteraan rakyat dibangunkan secara menyeluruh, selaras dengan hasrat menjadikan Pahang negeri maju, makmur dan kompetitif.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow