Anak MB Perlis di dakwa di mahkamah buat tuntutan palsu

Oleh : ANAK CILI
Mei 23, 2024 - 12:52 MYT
Anak MB Perlis di dakwa di mahkamah buat tuntutan palsu
Anak Menteri Besar Perlis ,Mohd Syafeeq Mohd Shukri didakwa menyediakan dokumen pesanan bekalan perkhidmatan kerajaan Perlis dengan niat memperdayakan berjumlah RM19,505.10 bertarikh 14 Feb 2024 yang mengandungi butiran palsu.

Siasatan yang dijalankan oleh SPRM terhadap enam orang yang di tahan reman pada 24 April lalu bagi membantu siasatan  berhubung tuntutan palsu bernilai RM 600,000 termasuk Mohd Shafeeq Mohd Shukri anak Menteri Besar Perlis terjawab hari ini apabila beliau dihadapkan Mahkamah Seksyen Kangar hari ini.

Anak Menteri Besar Perlis  ,Mohd Syafeeq Mohd Shukri didakwa menyediakan dokumen pesanan bekalan perkhidmatan kerajaan Perlis dengan niat memperdayakan berjumlah RM19,505.10 bertarikh 14 Feb 2024 yang mengandungi butiran palsu.

Dia didakwa menyerahkan dokumen atas nama Mohd Farid Abdul Hamid itu kepada Pembantu Tadbir di Bahagian Pentadbiran Daerah, Nurul Nabilah Mohd Shukri di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bagi perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Hospital Tuanku Fauziah.

Berita selanjutnya 

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/05/23/tuntutan-palsu-lebih-rm19000-anak-mb-perlis-mengaku-tak-salah/?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTEAAR286d1g3xdd7wBJl7frCqLLQBkJaph2ASjiRQiqDB68CGfcjmKD1j5guQg_aem_Ac11o23ItcaNMm--d-wvQWZBwkMXLG9QsasUhkmoRW-5Nrj_JBnYPU_xwUeoogwhS0oPMJzCABX7A3tvFUBWw62D

https://www.malaysiakini.com/news/706385?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Beliau bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan dikat jamin Rm 20,000 sementara menunggu sebutan semula kes 28 Jun. Jika di sabit kesalahan membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda RM10,000.

P/S : Nampaknya politik Perlis akan bergolak lagi kerana ketamakan PAS yang mengenepikan kepimpinan Bersatu dalam pentadbiran negeri. Bodohlah pemimpin Bersatu jika tidak mendapat sebarang tempat dalam Kerajaan Negeri Perlis, hanya dipergunakan dan diperbodohkan oleh PAS . Peluang nak jadi MB Perlis bagi Bersatu memandangkan kini PAS berdepan dengan isu intergriti melibatkan Menteri Besar Perlis dari PAS. Tapi PAS ni biasalah..tunggang agama pun mereka sanggup apatah lagi nak mempekudakan Bersatu.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow