Bekas Setiausaha Politik Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin didakwa di mahkamah

Oleh : ANAK CILI
Mei 23, 2024 - 18:20 MYT
Bekas Setiausaha Politik Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin didakwa di mahkamah
Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM350,000 bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Dia didakwa menerima suapan wang tunai RM350,000 daripada Wan Azhar  Mohamed Yusof selaku Pengarah Urusan Syarikat Nexuscorp Group Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat berkenaan mendapatkan tender Perkhidmatan Penyelenggaraan Dan Pembekalan Alat Ganti Bagi Peralatan Infrastruktur, Server, Perisian Dan Radio Pengguna Sistem RMPNet untuk polis PDRM bernilai RM381,112,042.44.

Baca selanjutnya

https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2300500

P/S : Buang sajalah slogan BERSIH dan STABIL yang digunakan oleh PN kerana ianya hanyalah retorik politik yang tidak gambarkan situasi sebenar. Hari ini juga anak Menteri Besar Perlis di hadapkan ke mahkamah atas tuduhan membuat tuntutan palsu. Wan Saiful Wan Jan Ketua Penerangan Bersatu juga sedang dibicarakan atas tuduhan menerima rasuah dituduh menerima bagi dirinya suapan wang tunai berjumlah RM6,962,694.54 selain 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta dengan memindahkan dan menggunakan wang hasil aktiviti haram.

Banyak pertuduhan yang telah di bawa ke mahkamah termasuklah Jana Wibawa membabitkan Presiden Bersatu Muhyidin Yasin selain menantunya yang lari malam , kes melibatkan bekas CEO MBI Incorporated Kedah dan bekas Setiausaha MB Kedah tidak selari dengan slogan Bersih dan Stabil yang di laungkan oleh PN.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow