BERSATU KELAM KABUT BUKTI JERAT MAKAN TUAN
Akta Lompat Parti kembali menjadi perhatian apabila Muhyidin dan kepimpinan Bersatu berkata ada kelompangan yang membolehkan empat Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu mengosongkan kerusi mereka sekalipun bertentangan dengan keputusan whip
Sebagaimana yang di dedahkan oleh Hanifa Maidin dan Saifudin Nasution bahawa wakil dari Perikatan Nasionallah iaitu Takitudin Hasan dari PAS dan Hamzah Zainudin dari Bersatu yang membantah di masukkan klausa menghalang ahli parlimen bertentangan dengan keputusan whip harus mengosongkan kerusi.
PN menjangkakkan mereka akan menang pada PRU ke 15 dan mereka akan memancing Ahli Parlimen yang mesra dengan PN untuk beralih sokongan jika terjadi sebagaimana senario di Parlimen sekarang.
Jangkaan PN meleset apabila jerat makan tuan yang mana akhirnya ahli parlimen PN dikalangan parti Bersatu pula yang telah menyatakan sokongan kepada seteru politik mereka.
Bersatu juga menghadapi krisis keyakinan dikalangan ahli parlimen dan tidak bersetuju dengan tindakan Muhyidin yang menolak untuk turut sama membentuk Kerajaan Perpaduan sebagaimana Titah YDPA. Muhyidin seakan sangat yakin operasi tebuk atap akan berjaya dan tindakan 4 ahli parlimen Bersatu itu sebagai satu isyarat “its over Muhyidin”.
Bersatu tidak lagi bersatu. Tidaklah boleh digunapakai bersatu teguh bercerai kahwin lagi kerana parti Bersatu dipenuhi oleh mereka yang khianat dan tidak setia. Bersatu kini umpama cacing kepanasan menanti dengan penuh debar akan adakah lagi ahli parlimen Bersatu yang mengumumkan untuk memberikan sokongan kepada PMX. Betullah jerat sudah makan tuan.
#pedas berapi
Apa Reaksi Anda?











