Kerajaan Pahang Terus Prihatin: RM814,815 Disalurkan Untuk Kesejahteraan Rakyat

Oleh : BARD
Disember 3, 2025 - 12:00 MYT
Kerajaan Pahang Terus Prihatin: RM814,815 Disalurkan Untuk Kesejahteraan Rakyat

Sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail hadir bagi penyerahan cek sumbangan Kerajaan Negeri di Majlis Perbandaran Bentong.

Sebanyak RM814,815 disampaikan kepada 30 wakil dan penerima, meliputi pelbagai keperluan pembangunan setempat. Penyerahan ini sekali lagi membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap inisiatif selaras dengan Aspirasi Pahang 1st terus memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Sumbangan tersebut merupakan antara usaha berterusan bagi memperkukuh kemudahan awam, membuka lebih banyak peluang pembangunan sosial, serta meningkatkan taraf hidup masyarakat di peringkat akar umbi.

Kerajaan Negeri menegaskan bahawa kesejahteraan rakyat kekal menjadi agenda utama, selaras dengan matlamat menjadikan Pahang sebuah negeri yang lebih makmur, stabil dan sejahtera.

Semoga rakyat dan Negeri Pahang terus berada dalam keadaan aman dan makmur.


Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow