BN Hadir Sebagai Solusi, Bukan Punca Masalah
Barisan Nasional (BN) Sabah menerima dengan terbuka keputusan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu selain tidak mempunyai kuasa untuk membentuk kerajaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Jafry Ariffin berkata dalam sistem demokrasi, suara rakyat adalah mandat tertinggi.
Menurut beliau yang dilantik Ahli Kabinet Kerajaan Sabah yang baharu, BN negeri telah bersedia memainkan peranan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab serta menjadi suara semak dan imbang demi memastikan pentadbiran negeri berjalan dengan baik.
“Namun, dalam keadaan tiada satu parti atau gabungan pun memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan tanggungjawab moral menuntut semua pihak mencari jalan tengah demi menjaga kestabilan.
“Kerjasama yang berlaku bukan bermakna BN bergabung dengan mana-mana parti lain, termasuk GRS. Ia adalah kerjasama dan tanggungjawab mengurus negeri Sabah secara bersama,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Tegas beliau ia bukan soal kuasa namun ia adalah soal kelangsungan negeri dan BN memilih untuk menjadi sebahagian daripada solusi bukan punca masalah.
“Keputusan ini bukan mudah dan BN akan terus bersuara, terus bekerja, dan terus bersama rakyat walau di mana posisi kami berada.
“Kasih dan tanggungjawab kepada rakyat tidak pernah berubah, walaupun keadaan politik berubah. Semoga Sabah sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT,” ujarnya.
Apa Reaksi Anda?











