KKM laksana 5 strategi kawalan COVID-19
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini umumkan lima strategi utama di bawah Pelan Pengurusan COVID-19 dalam menghadapi peningkatan mendadak kes COVID-19 ketika ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata strategi pertama adalah pengesanan awal kes COVID-19 dan varian SARS-CoV-2.
Strategi kedua pula kata beliau, pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, dan Seek), sementara strategi ketiga, pemantauan fasiliti kesihatan, pengurusan dan kawalan kes COVID-19 terutamanya untuk melindungi golongan berisiko tinggi.
"Strategi keempat, pemerkasaan komuniti melalui komunikasi risiko yang berkesan dan strategi kelima, pendigitalan sistem kesihatan dalam pengurusan pandemik melalui aplikasi MySejahtera," katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya hari ini.
Secara keseluruhan, katanya walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan, keadaan semasa di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.
Berita lanjut menyusul - SUMBER
Apa Reaksi Anda?











