Musang King termahal berharga RM185,000 sebiji
RAUB: Bidaan durian Musang King dari Raub yang termahal di dunia iaitu bernilai RM185,000.00 sebiji yang disaksikan oleh EXCO Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang YB Fadzli bin Mohamad Kamal.
Harga permulaan bidaan ini adalah RM2,000 sebiji yang kemudiaannya meningkat beberapa kali sehinggalah mencecah RM185,000 sebiji.
Bidaan ini telah dimenangai oleh Encik Huang Qi Wen.
Manakala bidaan tertinggi untuk durian Duri Hitam (Black Thorn) adalah bernilai RM15,000.00 sebiji.
Sementara itu, Dato’ Lye We Ken menyumbang sebanyak RM204,444 melalui program bidaan yang berlangsung di SMK Sg Ruan, Raub.
Ini bermakna, keseluruhannya sebanyak RM404,444.00 berjaya dikutip untuk bidaan sebiji Musang King dan sebiji Duri Hitam pada malam ini.
Hasil bidaan durian ini kemudiannya disumbangkan kepada SMK Sg Ruan bagi penambahbaikan infrastruktur sekolah ini. - SUMBER
Apa Reaksi Anda?











