Ada lagi ahli parlimen Bersatu berpaling tadah?

Oleh : ANAK CILI
November 29, 2023 - 14:06 MYT
Ada lagi ahli parlimen Bersatu berpaling tadah?
Saifuddin Abdullah Ahli Parlimen Indera Mahkota Pengerusi PN Pahang juga mempunyai rekod sebagai ahli politik yang kuat melompat

Pengumuman Ahli Parlimen  Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dari parti Bersatu di Parlimen semalam mencerminkan Bersatu kini berdepan dengan krisis kepimpinan yang parah. Satu persatu Ahli Parlimen Bersatu mula angkat kaki . Beliau kini menjadi Ahli Parlimen dari Bersatu yang ke 5 menyokong PMX menyertai empat ahli parlimen Bersatu menyokong kerajaan ialah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Tentu sahaja beliau akan dikecam oleh rakan rakan beliau dalam Perikatan Nasional tetapi paling menarik perhatian apabila Saifuddin Abdullah Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi PN Pahang turut sama tumpang semangkuk. 

Siapa tidak kenal Saifuddin Abdullah antara katak yang terpaling kuat melompat ke sana tetapi turut memberikan komen terhadap tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang beralih arah dengan menyokong PMX.

Saifuddin antara katak politik yang juga tidak berpendirian, bermula di awal pembabitan dalam politik dengan memenangi Parlimen Temerloh atas kerusi Barisan Nasional tetapi apabila tewas tidak berjawatan mengambil keputusan keluar UMNO pada tahun 2015 lalu menyertai PKR.Pada Februari 2020 beliau menyertai pula Bersatu pula membuktikan beliau sebenarnya manusia yang terpaling tidak layak berbicara tentang keputusan mana mana ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong PMX.

Siapa lagi yang akan menyertai gerombolan Ahli Parlimen PN yang akan ikut menyokong Kerajaan Perpaduan? Tentu sahaja ianya tidak akan terhenti setakat lima Ahli Parlimen memandangkan kapal Bersatu sudah bocor. Takkan nak tunggu karam baru nak terjun selamatkan diri?

#pedasberapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow