Lagi Kisah Dongeng PN Pahang misi Tebuk Atap

Oleh : ANAK CILI
Julai 23, 2024 - 13:23 MYT
Lagi Kisah Dongeng PN Pahang misi Tebuk Atap
Mana mungkin Saya akan membelot untuk khianati kerajaan negeri Pahang yang diterajui oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, seorang pemimpin yang Saya amat kasihi dan hormati- Nizar najib

Apabila segala daya usaha untuk menebuk atap gagal maka segala bagai cara digunakan oleh golongan penunggang agama untuk mencapai cita cita yang tidak kesampaian termasuklah menyebarkan khabar angin melalui fitnah.  Baru baru ini secara terang terangan pembangkang di Pahang mendakwa kononnya mereka telah di zalimi apabila kononnya tidak dibenarkan menggunakan kemudahan awam. 

Ternyata apabila bukti diberikan untuk menafikan dakwaan tersebut, mereka diam membisu dan membatukan diri .
Timbul pula berita palsu yang berselindung di sebalik akaun palsu dari mereka yang tiada kerandut mendakwa anak bossku DS Najib Razak iaitu Nizar Najib ADUN Peramu Jaya kononnya telah mengubah sokongan kerana kecewa apa yang menimpa ayahandanya DS Najib Razak. Pembangkang di Pahang juga mengambil kesempatan mengeksplotasi isu keadilan terhadap DS Najib Razak khususnya ahli UMNO yang simpati kepada beliau.

Nizar Najib Razak telah menafikan bahawa beliau akan menyokong PN di Pahang dan menyatakan apa yang cuba di hebohkan oleh cytro cap ayam PN adalah fitnah semata mata. Cuba lihat link diberikan penafian tersebut.

https://www.facebook.com/share/p/bczp71s9e6rX4YRP/

Pembangkang di Pahang resah dan terdesak selepas kempen “PAS Teraju Pahang” yang telah dilancarkan sejak 10 tahun lalu masih gagal di capai. Ini membuktikan walaupun mereka berbangga dengan “Gelombang Hijau “ peningkatan sokongan terutama PRU 15 tetapi hakikatnya mereka tetap bergelar pembangkang di Pahang.

Sehinga tempoh pilihanraya ke 16 , bukan mustahil jika rakyat akan menilai kembali sokongan mereka berdasarkan pendedahan demi pendedahan kebobrokan penunggang agama . Lihat sahaja keputusan mahkamah pilihanraya  di Kuala Terengganu dan Kemaman memutuskan bahawa PAS telah terlibat dengan amalan rasuah. 

Isu Jana Wibawa yang masih dalam perbicaraan di mahkamah juga membongkar pekung siapakah sebenarnya PAS dan BERSATU dan deretan kes salahguna kuasa serta penggubahan wang haram mereka yang dikaitkan  pemimpin PAS dan Bersatu yang sedang dibicakan di mahkamah.

Fitnah bukan perkara baharu yang di amalkan oleh PAS  dimana Pas bayar lebih RM2 juta sejak 2016 akibat kalah saman fitnah.

https://malaysiadateline.com/pas-bayar-lebih-rm2-juta-sejak-2016-akibat-kalah-saman-fitnah-ini-senarai-16-fitnah-yang-dikeluarkan-pas/

Niat melaga lagakan penyokong UMNO dengan berselindung disebalik akaun akaun palsu penungggang agama tidak membawa mereka kemana mana dan mudah di hidu siapakah mereka.  Gelaran hafiz tidak menjadikan lesen untuk menghalakan fitnah demi mencapai cita cita politik.

Samada berguru dengan Maulalana mana sekalipun di Marang hinggga ke India , tiada maknanya segunung ilmu yang disalahguna untuk kepentingan politik dan peribadi menghalakan segala cara.

Dosa lain kira , tunggang agama sepanjang masa.

Pedas berapi
Anak Cili

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow