Tuduhan ‘Mabuk Kuasa’ Sekadar Cubaan Alih Perhatian
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, menegaskan bahawa tuduhan terhadap Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kononnya ‘mabuk kuasa’ adalah cubaan menutup hakikat sebenar.
Bagi beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka serta Exco Kerajaan Negeri Melaka, tindakan serta dakwaan Pemuda MIC sekadar cubaan menutup hakikat bahawa Pemuda MIC telah membuat pilihan politik mereka sendiri dengan menyokong Perikatan Nasional (PN).
“Presiden UMNO tidak pernah mabuk kuasa, sebaliknya UMNO kekal berpegang kepada mandat dan prinsip perjuangan parti untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mempertahankan kestabilan negara.
“Kalau tidak kerana Presiden UMNO, kerajaan hari ini tidak akan terbentuk dan negara akan terus berada dalam keadaan ketidakstabilan politik yang amat teruk,” tegasnya kepada UMNO-Online.
Abdul Razak turut mengingatkan Pemuda MIC agar tidak berpura-pura tidak tahu mengenai hakikat sebenar peranan UMNO dalam menyelamatkan keadaan politik negara ketika itu.
“UMNO sentiasa berjuang atas dasar tanggungjawab dan keikhlasan demi rakyat, bukan kerana kepentingan kuasa atau individu,” ujarnya lagi.
Apa Reaksi Anda?











