10 sebab PN akan tewas di PRK Nenggiri

Oleh : ANAK CILI
Julai 16, 2024 - 13:39 MYT
10 sebab PN akan tewas di PRK Nenggiri
Tengku Razaleigh selaku Pengarah Pilihanraya PRK Nenggiri tentu sekali ingin menebus kembali kerusi DUN Nenggiri dalam Parlimen Gua Musang yang merupakan kubu tradisi UMNO sejak berdekat lamanya. Ditambah pula ini kenyataan beiau bahawa ini adalah tempoh terakhir beliau selaku pempimpin di Gua Musang sebelum menyerahkannya kepada kempimpinan muda yang baharu.

Kira kira sebulan lagi PRK Nenggiri akan diadakan  di mana SPR menetapkan 17 hb Ogos sebagai hari dimana pengundi di DUN Nenggiri akan membuang undi. Mereka akan memilih calon yang akan mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri Kelantan setelah calon dari Parti BERSATU Azizi Abu Naim beralih arah menyokong Perdana Menteri PMX yang menjadi seteru politik PN.

Pemilihan calon pastinya terarah kepada Perikatan Nasional yang masih berteka teki samada akan meletakkan calon dari parti PAS atau BERSATU. Sekalipun secara asasnya Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat keputusan bahawa PRK Nenggiri kali ini akan ditandingi oleh calon dari Parti BERSATU tetapi apa sahaja boleh berlaku memandangkan nama calon masih belum diumumkan secara rasmi.

Yang Dipertua PAS Gua Musang, Azman Ahmad masih mempunyai peluang untuk menamakan calon dari PAS kerana kebarangkalian calon BERSATU akan tewas kali ini lebih tinggi berdasarkan beberapa faktor yang tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Antara faktor yang mendorong PN akan kehilangan kerusi DUN Nenggiri 

1.    Jika dilihat dari keputusan pilihanraya pru 15, calon BERSATU mewakili PN hanya menang dengan majoriti yang agak tipis dengan 810 undi dalam perlawanan satu lawan satu  dimana Ab Aziz Yussof (BN) - 5,707 Datuk Mohd Azizi Abu Naim (Pas) - 6,517. Jumlah majorti yang tipis ini memberikan kelebihan yang sama rata dan suntikan moral kepada BN untuk merampas kembali kerusi tersebut.

2.    DUN Nenggiri merupakan salah satu kawasan di dalam Parlimen Gua Musang yang merupakan kubu Kuat UMNO yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li. Pengaruh dan ketokohan beliau dalam arena politik nasional dan tempatan dihormati lawan dan disegani lawan.

3.    Moral jentera PAS berada ditahap yang minima jika bukan calon dari parti mereka yang bertanding pada PRK Nenggiri kali ini. Dikatakan kemenangan calon Bersatu di Nenggiri adalah atas usaha bertungkus lumus jentera PAS yang menguasai 90 peratus jentera PN di Nenggiri pada PRU ke 15.

4.    Prestasi BERSATU semakin merudum sejak kebelakangan ini disebabkan krisis keyakinan terhadap pucuk pimpinan BERSATU yang tidak efisyen. Kemuncaknya apabila 6 Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dari BERSATU telah berpaling tadah menyokong Kerajaan Perpaduan apabila mereka melihat  Muhyidin gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Presiden Bersatu.

5.    Tengku Razaleigh selaku Pengarah Pilihanraya PRK Nenggiri tentu sekali ingin menebus kembali kerusi DUN Nenggir dalam Parlimen Guan Musang yang merupakan kubu tradisi UMNO sejak berdekat lamanya. Ditambah pula ini kenyataan beiau bahawa ini adalah tempoh terakhir beliau selaku pempimpin di Gua Musang sebelum menyerahkannya kepada kepimpinan muda yang baharu.

6.    UMNO akan memberikan tumpuan penuh kepada PRK Nenggiri memandangkan ianya adalah penanda aras terhadap sokongan rakyat  apabila kali pertama diuji melalui PRK selepas PRU. Jika di PRK Sungai Kuala Kubu Baru diwakili oleh DAP, PRK Sg Bakap dari parti Keadilan maka UMNO berpeluang menguji tahap keyakinan dan penerimaan rakyat terhadap kepimpinan parti dan keterlibatan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

7.    12 Ahli Parlimen UMNO dalam barisan Jemaah Menteri termasuk tujuh jawatan Menteri dan lima orang dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perpaduan merupakan tawaran yang menarik kepada pengundi di DUN Nenggiri apatah lagi sebagi kawasan yang majoriti pengundi luar bandar terdiri dari orang Melayu. Jika pengundi di DUN Nenggiri memilih calon UMNO sebagai wakil rakyat di DUN Nenggiri maka tentu sahaja banyak masalah samada soal pembangunan dan keperluan asas masyarakat luar bandar akan mudah diselesaikan.

8.    Memilih calon Bersatu bererti pengundi DUN Nenggiri akan memilih calon pembangkang di Persekutuan sekalipun mereka menjadi kerajaan di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Kenapa wakil rakyat Parlimen BERSATU berpaling tadah menyokong Kerajaan Perpaduan adalah kerana mereka tidak dapat memberikan khidmat kepada kawasan yang diwakili kerana tiada peruntukan. Negeri Kelantan tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk menangani seribu satu masalah rakyat  sebagaimana kegagalan mereka menangani masalah bekalan air di Kelantan

9.    Kerusi BERSATU di Kelantan samada di DUN mahupun Parlimen  diberikan atas ehsan PAS malahan mereka terpaksa bertanding atas lambang PAS membuktikan BERSATU tidak mempunyai pengaruh yang kuat di Kelantan.

10.    Penyokong PAS yang memenangkan calon Bersatu di Nenggiri pada PRU 15 tentu sahaja merasa kecewa apabila mereka dikhianati dan rasa tertipu setelah calon yang mereka undi setelah menjadi wakil rakyat berpaling tadah dengan menyokong Kerajaan Perpaduan. Di PRK Nenggiri kali inilah peluang terbaik mereka melakukan undi protes terhadap BERSATU apatah lagi apabila calon PAS tidak diberikan tempat sebagai calon

Di PRK Nenggiri akan memperlihatkan selera pengundi Melayu luar bandar apakah mahu memilih ikan masin atau ikan tenggiri. Jika hanya terpesona dengan bau ketka menggoreng ikan masin sebagaimana terpukaunya mereka mendengar ceramah pemimpin PAS maka itulah makanan tradisi mereka. 

Tepuk dada, tanyalah selera..

Pedas Berapi

Anak Cili

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow