ADUN Rembia lompat: PAS tiada prinsip dan hipokrit
Makin terserlah kebobrokan yang ditunjukkan oleh PAS melihat kepada tindakan mereka yang tidak berprinsip malahan lebih memalukan apabila mendakwa kononnnya sebagai sebuah parti Islam namun sebenarnya jauh panggang dari api. Bayangkan baru seminggu mereka terpekik terlolong di Parlimen membantah keputusan Speaker Dewan Rakyat yang mengistiharkan tindakan 6 Ahli Parlimen BERSATU menyokong Perdana Menteri PMX tidak menyebabkan kekosongan kerusi parlimen yang diwakili mereka.
Takiyudin Hasan Setiausaha Agug PAS hari ini dengan bangganya menumumkan bahawa Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis daripada Umno menyertai parti itu berkuatkuasa Jun tahun lalu. Malahan pengumuman itu dibuat di lobby Parlimen tempat yang sama mereka bertempik bagaikan orang hilang akal membalun Speaker Dewan yang tidak mengistiharkan kekosongan 6 kerusi Parlimen.
Malahan Takiyudin juga mengeluarkan kenyataan pilihanraya kecil di Dun Rembia tidak perlu diadakan kerana Jailani yang digantung keahlian UMNO, diterima menyertai parti PAS pada 10 Jun 2023, sebelum Akta Lompat Parti dikuatkuasakan di Melaka. Tidak hanya pemimpin PAS yang menunjukkan sikap sanggup menggadaikan prinsip dan menghalalkan cara asalkan mereka beroleh keuntungan politik tetapi juga meliatkan Presiden BERSATU , Muhyidin Yasin yaang juga Pengerusi Perikatan Nasional pada Aprill 2022 sebagai berkata di Parlimen “saya tidak bersetuju seorang di Parlimen yang dipecat dari partinya dikira sebagai lompat parti dan perlu mengosongkan kerusinya serta merta”, sambil menyifatkan RUU Anti lompat parti adalah zalim dan pengecualian dan perlindungan adalah zalim perlu diberikan.
Akhirnya senjata makan tuan apabila 6 Ahli Parlimen Bersatu serta seorang ADUN Bersatu di Selangor mengubah sokongan mereka menyokong parti lawan. Adakah Muhyidin akan menempelak rakannya PAS dalam Perikatan Nasional yang meraikan dan seakan mempromosikan adengan lompat melompat sebagaimana tindakan ADUN Rembia Melaka yang diterima masuk sebagai ahli PAS dengan membawa kerusi Rembia sebagai kerusi ke 3 pembangkang di DUN Melaka.
Jika PAS sanggup menunggang agama bagi melampiaskan nafsu politik mereka apalah sangat setakat RUU Anti Lompat Parti yang mempunyai lakuna yang menyebabkan pelbagai tafsiran mengikut selera politik. PAS hanya sebuah parti politik dan ianya tiada kena mengena dengan agama Islam.
Jubah dan kopiah hanyalah budaya pemakaian sebenarnya tidak mencerminkan akhlak dan pegangan , jangan mudah terpedaya dan mudah lembik lutut sehinggakan meleleh air liur dengan mulut ternganga setiap kali mendengar pidato penunggang agama yang sedang mabuk kuasa.
Pedas Berapi
Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











