TERIMA KASIH UNTUK RUMAH PERCUMA INI

Oleh : BARD
November 22, 2023 - 12:00 MYT
TERIMA KASIH UNTUK RUMAH PERCUMA INI

Rumah Rakyat Pahang (RRP) merupakan salahsatu inisiatif Kerajaan Negeri yang diberikan percuma untuk rakyat yang tidak berkemampuan.

Semalam berlangsung satu lagi penyerahan rumah percuma ini di dalam kawasan Dewan Negeri Ibam yang telah diserahkan oleh YB Ir. Razali Kassim ADN Muadzam Shah yang juga merupakan EXCO Kerajaan Negeri Pahang.

Penerima Encik Mohd Dhali bin Mohd Sari dari Kota Bahagia, Bukit Ibam amat bersyukur atas bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri dan amat berterima kasih kerana telah memiliki rumah sendiri atas keperihatinan Kerajaan Negeri.

Selain Menerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) yang berharga RM75,000.00 beliau turut menerima kelengkapan rumah yang bernilai RM2,000.00

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow