RAKYAT HARGAI KEPRIHATINAN PEMIMPIN NEGERI HULUR BANTUAN SECARA TERUS

Oleh : BARD
Ogos 25, 2025 - 12:23 MYT
RAKYAT HARGAI KEPRIHATINAN PEMIMPIN NEGERI HULUR BANTUAN SECARA TERUS

Kehadiran barisan kepimpinan pentadbiran Negeri Pahang menyantuni sendiri rakyat yang memerlukan bantuan bukan sahaja dapat meringankan beban, malah membawa senyuman kepada penduduk setempat.

Bagi Puan Nur Syahidatul Azwa, 33, bantuan yang diterima amat melegakan selepas suaminya, Encik Muhammad Zulfadli, 35, tidak lagi mampu bekerja akibat kemalangan.

“Alhamdulillah sangat-sangat sebabnya di dalam keadaan macam ini ada yang nampak. Alhamdulillah, senang hatilah mereka nampak kami dan beri bantuan untuk tolong kami sebab saya sekarang tidak bekerja dan saya memang 100 peratus jaga dia (suami) dan besarkan anak-anak. Jadi, sumbangan yang mereka bagi sangat-sangat membantu saya,” katanya.

Perasaan sama dikongsi warga emas, Puan Rokiah Hassan, 71, yang menyifatkan kehadiran pemimpin negeri ke kawasan mereka sebagai bukti kerajaan tidak melupakan rakyat.

“Besar hatilah, seronok dan memang rasa banggalah. Terima kasih Dato’ Wan (Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail) sebab tak pernah tinggalkan kita orang dan sentiasa ingatkan kita orang,” ujarnya.

Sementara itu, Puan Meriani Amin, 62, yang menjaga suaminya menghidap kanser usus sejak empat tahun lalu, turut menzahirkan rasa syukur.

“Terima kasih banyak memberi bantuan untuk suami yang sakit. Tidak terhingga rasanya nak balas jasa orang. Terima kasih kerajaan Negeri Pahang banyak membantu pada masyarkat Orang Asli dan untuk suami yang sakit. Terima kasih banyak,” katanya ketika ditemui pada sesi ziarah Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang (PSRM) bersama YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar.

Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang (PSRM) ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang melibatkan penjawat awam Negeri dan Persekutuan dalam menyantuni rakyat melalui pemberian bantuan dan memberi pendedahan kepada rakyat mengenai bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk membantu menyelesaikan segala isu dan masalah berbangkit yang dihadapi oleh rakyat, meningkatkan penglibatan penjawat awam turun padang bertemu masyarakat, serta bertindak sebagai ejen penyampai maklumat dan inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan oleh kerajaan. 

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow