Sepuluh lagi ahli parlimen PN akan sokong PMX

Oleh : ANAK CILI
Januari 26, 2024 - 14:09 MYT
Sepuluh lagi ahli parlimen PN akan sokong PMX
Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal mngesahkan 10 lagi ahli parlimen PN akan berpaling tadah meyokong PMX dan Kerajaan Perpaduan

Belum pun sembuh luka di hati penyokong PN yang tertipu dengan tarikh keramat 18 Januari 2023 , tiba tiba mereka hilang lagi sokongan seorang Ahli Parlimen yang telah mengistiharkan menyokong PMX dan Kerajaan Perpaduan. Tindakan Ahli Parlimen PN  Tanjong Karang Zulkafperi Bin Hanapi yang berubah arah menjadikan jumlah ahli parlimen yang menyokong PMX dan Kerajaan Perpaduan ketika ini 152 ahli parlimen.

Berdasarkan perkembangan terbaru seramai 10 orang lagi ahli parlimen PN akan mengambil langkah yang serupa. Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal yang mencipta formula 8 + 3 iaitu tambahan 3 orang dari 8 orang ahli Parlimen yang pernah beliau sebutkan sebelum ini (termasuk ahli parlimen Tg Karang).

Bersatu sudah hilang halatuju antara perkara yang menyebabkan kehilangan keyakinan terhadap kepimpinan Muhyidin dalam parti Bersatu dan bagaimana keputusan penting parti ditentukan oleh isteri Muhyidin sebagaimana di petik sebagai berkata semasa mengumumkan pendirian untuk terus mempertahankan jawatan presiden, Muhyiddin berkata: "Sebenarnya, kuasa yang paling besar yang saya nak sebutkan di sini bukan perhimpunan agung tahunan. Kuasa besar (keputusan dibuat) tidak lain adalah isteri saya.

"Isteri saya hadir (di perhimpunan Bersatu) sejak beberapa hari lalu dan dia duduk sampai akhir...Hari ini pun sama. Dia ada mesej saya.
"Apa isteri saya kata? Stay another term (kekal satu penggal lagi). They need you (Mereka perlukan awak). Mereka ikhlas, yang (panggilan merujuk Muhyiddin)."

Begitu juga dengan sikap ego pemimpin PN yang enggan berunding dengan PMX soal peruntukan menyebabkan ramai ahli parlimen PN kecewa. Dikalangan ahli parlimen parti Bersatu juga meragui PAS yang mempunyai rekod tidak tetap pendirian setiap kali pilihanraya yang tidak konsisten akan boleh sahaja berubah untuk bekerjasama dengan lain lain parti bagi menghadapi PRU ke 16.

Yang di kendong tak dapat yang dikejar berciciran. Kerjasama antara parti Bersatu dan PAS semakin longgar melihat kepada krisis keyakinan ahli parlimen Bersatu yang memungkinkan 10 orang lagi ahli parlimen PN menyokong PN apabila sidang Parlimen bermula pada bulan Februari nanti.

Apa gunanya menjadi wakil rakyat yang hanya berdegar degar di Parlimen dan Sidang DUN tetapi bila pulang ke kawasan  tidak dapat melaksanakan tanggungjawab memenuhi keperluan dan kebajikan rakyat. 

Melainkan mereka wakil rakyat pembangkang muka tembok yang pulang ke kawasan masing masing dengan tangan kosong.


 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow