SYED SADDIQ MOHON PENJARA ATAU DENDA TANPA SEBATAN

Oleh : BARD
November 9, 2023 - 10:58 MYT
SYED SADDIQ MOHON PENJARA ATAU DENDA TANPA SEBATAN

Pasukan pembelaan memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis supaya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikenakan hukuman ringan dalam bentuk penjara atau denda sahaja.

Peguam, Haijan Omar mewakili Syed Saddiq memohon perkara itu, tanpa menyebut mengenai peruntukan hukuman sebatan.

Haijan berkata, bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu menyesal, akur dan muhasabah diri di atas keputusan berkenaan.

“Syed Saddiq tidak memperoleh keuntungan daripada pertuduhan yang dikenakan terhadapnya,” katanya ketika sesi mitigasi di hadapan Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid.

Peguam itu berkata demikian selepas mahkamah mendapati Syed Saddiq bersalah atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). - SUMBER

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow