TEMBELANG MUHYIDIN PECAH TIDAK SETUJU AHLI DIPECAT KOSONGKAN KERUSI
Hingar bingar di kem Perikatan Nasional berikutan 4 ahli Parlimen PN dari Bersatu menyokong PMX masih belum reda. Kepimpinan Bersatu mendakwa berlaku sogokan dan ugutan yang mendorong empat ahli Parlimen Bersatu mengambil pendirian bertentangan dengan parti Bersatu dengan menyokong PMX.
Mereka terdesak dan bimbang akan ada lagi dikalangan Ahli Parlimen Bersatu yang mengubah pendirian menyokong PMX memandangkan berita beberapa orang Ahli Parlimen Bersatu akan mengambil pendirian yang sama untuk memberikan sokongan kepada kerajaan Perpaduan.
Muhyidin perlu menyalahkan diri sendiri apabila Hamzah Zainudin membawa mesej kepada Anthony Loke Setiausaha Agung DAP bahawa jika seseorang yang dipecat dari partinya maka dianggap sebagai melompat parti dan perlu mengosongkan kerusi sewaktu perbincangan Akta Lompat Parti sedang dalam perbincangan diperingkat Jawatankuasa Parlimen melibatkan pelbagai parti samada dari Kerajaan mahupun pembangkang.
Muhyidin memberikan alasan yang berlaku terhadap dirinya yang dipecat oleh UMNO kerana isu 1MDB dan adalah tidak adil baginya perlu mengosongkan kerusi. Beliau menggunakan hujah tersebut untuk tidak bersetuju jika seseorang itu melanggari keputusan partinya dan dipecat daripada parti perlu mengosongkan k erusi beliau.
Rekod buruk Muhyidin dalam bukanlah satu rahsia yang tidak diketahui umum apabila menggunakan alasan pandemik Covid 19 untuk kekal berkuasa dengan menggantung parlimen selain terpaksa mengundur diri sebagai Perdana Menteri ketika sedang berkuasa kerana hilang kepercayaan Ahli Parlimen.
Muhyidin juga tidak boleh berbicara soal pengkhianatan memandangkan beliau adalah pelupor dalam mengkhianati parti yang dianggotai. Bagaimana beliau mengkhianati Najib Tun Razak sewaktu memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO mengkhianati UMNO menubuhkan parti Bersatu dengan mempengaruhi ramai pemimpin UMNO untuk mengkhianati UMNO.
Tidak cukup dengan itu Muhyidin juga mengkhianati Tun Mahathir dan beberapa pemimpin Bersatu yang lain dengan memecat mereka dan menggerakkan Langkah Sheraton hanya kerana kemaruk kuasa menyebabkan Kerajaan yang dipimpin oleh Mahathir tumbang.
Jika kali ini Muhyidin mengatakan beliau di khianati maka ianya adalah kifarah tentang apa yang telah beliau lakukan selama ini dengan menjadi pelupor kepada politik khianat.
Jika tidak tahu menari, jangan salahkan lantai jongkang jongkit.
#pedasberapi
Apa Reaksi Anda?











