UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’

Oleh : BARD
April 22, 2026 - 12:00 MYT
UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’

Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Siti Aisyah Mahmood berharap UMNO pada ulang tahun ke-80 terus menjadi parti yang relevan dan unggul dalam membawa perjuangannya.

Beliau turut meluahkan keyakinan bahawa UMNO melalui kepimpinannya terus menjadi parti yang membantu rakyat dalam pelbagai aspek serta kekal diyakini masyarakat.

“Saya mengharapkan UMNO terus kekal untuk membantu rakyat dalam pelbagai aspek. Kita sedia maklum UMNO sudah 80 tahun, bererti sebagai parti tertua di Malaysia… malah rekod sebelum ini juga menunjukkan UMNO menjaga negara seperti yang lihat pada hari ini.

“Kita sendiri lihat apa yang berlaku pada Malaysia ialah hasil daripada pemimpin-pemimpin UMNO apa yang dibuat di kampung hingga ke bandar. Pendidikan sehingga ke ekonomi semua itu daripada tangan UMNO,” katanya ketika ditemui UMNO Online baru-baru ini.

Dalam pada itu, Siti Aisyah turut menzahirkan penghargaan terhadap akar umbi yang kekal setia bersama UMNO.

Malah beliau turut menyifatkan kesetiaan mereka sebagai tunjang utama yang mengukuhkan perjuangan parti dalam menghadapi pelbagai cabaran.

“Sempena ulang tahun UMNO ini saya mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli yang masih setia kepada UMNO kerana kesetiaan ini merupakan hadiah paling bermakna buat parti walaupun kita telah diuji dengan kekalahan namun anda tetap setia dengan UMNO,” ujar beliau. 

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow