Ada Propaganda Cuba Pecah Belahkan Kerjasama Kerajaan Perpaduan
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, mendakwa wujud usaha pihak tertentu yang cuba menimbulkan persepsi negatif sehingga boleh menjejaskan hubungan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan.
Menurut beliau, tindakan berkenaan bukan lagi sekadar kritikan politik biasa, sebaliknya dilihat sebagai kempen berterusan yang boleh mengeruhkan suasana politik semasa.
“Setiap hari, serangan terhadap UMNO dan (BN) bukan lagi kritikan membina. Ia sudah menjadi kempen halus untuk melemahkan kerjasama BN-PH dari dalam,” katanya menerusi satu kenyataan berkaitan hal terbabit.
Beliau turut mendakwa terdapat usaha membentuk persepsi bahawa UMNO dan BN sebagai rakan yang tidak boleh dipercayai, yang menurutnya boleh memberi kesan kepada kestabilan politik negara.
Dalam masa sama, Lokman turut menegaskan bahawa mana-mana pihak yang cuba memainkan sentimen perpecahan perlu menghentikan tindakan tersebut demi menjaga keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan.
Apa Reaksi Anda?











