Bait-Bait Perpecahan PN Semakin Terserlah

Oleh : BARD
September 23, 2025 - 11:00 MYT
Bait-Bait Perpecahan PN Semakin Terserlah

Bait-bait perpecahan Perikatan Nasional (PN) semakin terserlah apabila pemimpin kedua-dua parti itu saling berbalas sindiran dan teguran terbuka.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh, Abdullah Zaki Fadzil berkata, kenyataan lantang Ketua Penerangan PPBM, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menegur Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan jelas menggambarkan situasi tersebut.

“Kenyataan lantang Tun Faisal yang menegur Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini memberi gambaran jelas tentang retaknya hubungan mereka dalam PN.

“Teguran tersebut menyamakan kesombongan dengan sikap Firaun dan Qarun yang mencetuskan polemik baharu tentang hala tuju kerjasama antara Bersatu dan Pas.

“Bait-bait perpecahan semakin terserlah apabila pimpinan kedua-dua parti saling berbalas sindiran dan teguran terbuka,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Mengulas lanjut beliau berkata, keinginan kedua-dua parti untuk menonjolkan pengaruh dan dominasi menyebabkan kesatuan yang mereka bina bagi menentang lawan politik mula runtuh.

“Apa yang dulunya kelihatan utuh dengan semangat ‘gelombang hijau’, kini mula goyah apabila soal kepimpinan dan ego politik menguasai wacana.

“Kesatuan yang dibina atas dasar menentang lawan politik bersama kelihatan mula runtuh apabila masing-masing ingin menonjolkan pengaruh dan dominasi,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan Tun Faisal menjawab kritikan sinis Muhammad Sanusi melalui hantaran di media sosial, mengingatkan kepimpinan dalam Islam tidak boleh dinilai semata-mata berdasarkan kekayaan material atau kekuatan jentera.

Beliau menegaskan sikap takabbur dan cinta dunia boleh menghancurkan seorang pemimpin, sepertimana yang berlaku kepada Firaun dan Qarun. 

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow