BN Lagi Banyak Jasa Di Pahang, Kenapa Dihina? Dimana Akhlak PAS?
Baru-baru ini, Ahli Undangan Negeri (ADN ) Beserah, YB Dato’ Andasura Rabu mengeluarkan kenyataan Facebook jangan menghina jasa Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang telah meluluskan dana bagi berkaitan pengurusan air dan penyambungan projek infrastruktur air ketika menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) pada 2021.
Inilah wajah pimpinan PAS yang sebenar, suka mengungkit demi kepentingan parti mereka. Bagi mereka, adalah berdosa jika rakyat melupakan jasa pemimpin mereka. YB Andasura kena ingat, Luluskan dana air adalah tanggungjawab sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air, bukan jasa peribadi yang perlu diungkit.
Kalau ingin bercakap tentang jasa, kerajaan negeri Pahang yang diterajui UMNO/Barisan Nasional lagi banyak jasanya kepada negeri dan rakyat. Dalam isu pemulihan bekalan air di Pahang, semenjak dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail pada 2018, Menteri Besar telah mengarahkan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) mencari dan menyelesaikan masalah bekalan air dan mutu perkhidmatan bekalan air terus ditingkatkan dari semasa ke semasa di setiap daerah di Pahang.
Sesi lawatan 'task force' ke semua daerah di negeri ini telah dilaksanakan pada 2022 bagi mengumpul maklumat permasalahan bekalan air dan merangka cadangan penyelesaian. Melalui lawatan 'task force' itu, satu rangka kerja dibuat bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan.
Inisiatif projek bagi menyelesaikan masalah `blackspot' di seluruh Pahang ini dirangkum dan peruntukan dana pembiayaan rentas agensi termasuk daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), peruntukan dalaman PAIP, kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.
Sebanyak 107 daripada 217 projek pembangunan bekalan air negeri Pahang Fasa 1 telah siap dilaksanakan sehingga September 2024. Baki 33 projek masih dalam pembinaan manakala 77 projek lagi di peringkat pra-pembinaan. Perkembangan pelaksanaan projek bekalan air oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sentiasa dipantau kerajaan negeri.
Selain itu, PAIP telah menukar paip usang sepanjang 154 kilometer di negeri ini. Kerja-kerja penukaran 186 kilometer paip usang lagi sedang dilaksanakan dan akan terus dilaksanakan sehingga 2026.
Kalis Sembang Podcast Ep.16 - CEO PAIP PAHANG https://www.youtube.com/watch?v=tz52-zrIGuQ
Di DUN Beserah sahaja, PAIP juga telah memperuntukan RM17.8 juta bagi melaksanakan sistem bekalan air di kawasan Batu Hitam, Beserah. Projek ini akan menyelesaikan masalah terputus bekalan dan tekanan air rendah di kawasan Kampung Darat Sekolah, Kampung Jeram, Kampung Bukit Gelugor dan Taman Batu Hitam yang melibatkan 3,900 akaun pengguna.
Itulah usaha yang serius kerajaan negeri Pahang bagi menyelesaikan pemasalahan bekalan air di negeri itu bagi mempastikan rakyat Pahang mendapat bekalan air. Tetapi, pembangkang di negeri ini sentiasa mencari salah Menteri Besar setiap masa. Sering menunggang isu bagi menyemai kebencian rakyat kepada Menteri Besar.
Apakah tiada sekelumit jasa Menteri Besar Pahang dalam menyelesaikan isu air di Pahang ini? Apakah Menteri Besar mengabaikan tanggungjawabnya kepada rakyat? Hampir ratusan juta ringgit dibelanjakan bagi menyelesaikan masalah air di setiap daerah? Kenapa pejam mata? Kenapa pekakkan telinga? Dimana akhlak pemimpin dan ahli-ahli PAS dalam hal ini?
Menteri Besar dihina, dikutuk tetapi apakah beliau mengungkit tentang jasa?
Apa Reaksi Anda?











