Budak perempuan 12 tahun tikam ibu 20 kali hingga mati

Oleh : BARD
Disember 12, 2025 - 10:00 MYT
Budak perempuan 12 tahun tikam ibu 20 kali hingga mati

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tergamak membunuh ibunya sendiri hanya kerana tidak berpuas hati kerana kakaknya dimarahi.

Mangsa dikenali sebagai Faizah Soraya, 42, maut selepas ditikam 20 kali ketika tidur dalam kejadian menggemparkan di sebuah kediaman di Jalan Dwikora, Kelurahan Tanjung Rejo, Kecamatan Medan Sunggal, Medan, Sumatera Utara di Indonesia pada Rabu lalu.

Suami mangsa, Toni memberitahu pembunuhan itu dilakukan anak bongsu mereka yang mempunyai sifat pendiam.

"Kami sedang tidur di bilik berasingan ketika kejadian itu terjadi," ujarnya lagi.

Sementara itu, Kasatreskrim Polrestabes Medan, AKBP Bayu Putro Wijayanto berkata, pelaku yang juga pelajar Sekolah Menengah Pertama (SMP) telah ditahan untuk membantu siasatan.

"Kami masih menyiasat motif sebenar dia bertindak sedemikian," jelasnya.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow