GELAR KERAJAAN PERPADUAN ‘TONG NAJIS’ TAPI PEMBANGKANG MINTA PERUNTUKAN
PAS pernah melancarkan slogan "Budaya Politk Matang & Sejahtera" yang ada dalam Buku Muktamar PAS 2016. Antara lain mengutamakan kematangan semua pihak dalam membuang keputusan dan tindakan yang seterusnya membawa kepada kesejahteraan kehidupan seluruh masyarakat di negara ini.
Gagasan Budaya Politik Matan & Sejahtera antara lain menggaris kan 7 teras utama:-
1. Politik Bertunjang Prinsip
2. Politik Dakwah & Amal Maaruf nahi Mungkar
3. Politik Penyelesaian Berdasarkan Islam
4. Politik Utamakan Rakyat
5. Politik Damai dan Diplomasi
6. Politik Benar Bukan Persepsi
Jika di amati apakah semuanya dipraktikkan? Adakah PAS mempunyai prinsip ketika bersama DAP dan PKR pada pilihanraya 1999, 2008 dan 2013 dalam Pakatan Rakyat selain membentuk kerajaan negeri bersama DAP di Perak dan Selangor?
Apakah PAS menyampaikah dakwah dengan hikmah dengan mengunakan perkataan kafir?
Apakah PAS berjaya membuat penyelesaian politik bersama parti yang majoritinya beragama Islam seperti UMNO yang apabila berjanji sebagaimana Piagama Muafakakat Nasional lalu PAS khianati?
Apakah PAS mengutamakan rakyat apabila asyik berpolitik dan cuba menubuhkan kerajaan dengan menebuk atap?
Apakah PAS berminat dengan kedamaian politk apabila menfitnah, memaki hamun dan mencerca pemimpin seteru dengan pelbagai gelarang termasuk Tong Najis ? Adakah itu cara berdiplomasi?
Apakah benar Islam terancam di Malaysia? atau hanya memainkan persepsi untuk mendapatkan undi Melayu Islam?
Persoalan persoalan itu seharusnya dijawab dahulu oleh pemimpin PAS terutama Presiden PAS Haji Hadi yang ters terusan membangkitkan sentimen kebencian dikalangan rakyat. Adalah tidak munasabah ketika pemimpin Kerajaan Perpaduan yang terluka dengan cara dan pendekatan yang membangkitkan kebencian terus diamalkan.
Masakan bunga dicampak di balas dengan campak tahi. Mana mungkin diberikan peruntukan jika sentiasa mengasah belati kebencian dan menghambur kata kata hinaan.
Agak agak lah..
ANAK CILI
PEDAS BERAPI
Apa Reaksi Anda?











