WAN FASYAL KELIRU DAN KETIDURAN

Oleh : ANAK CILI
Oktober 18, 2023 - 16:26 MYT
WAN FASYAL KELIRU DAN KETIDURAN
Ketua Armada Bersatu yang juga Timbalan Ketua pemuda Perikatan Nasional itu berhak untuk keliru tetapi mengelirukan rakyat dengan “jargounisme” nya seolah olah PMX mengemukakan Belanjawan yang diluar jangkauan pemikiran

Membaca pemikiran Wan Ahmad Fasyal Wan Ahmad Ahli Parlimen Machang sangat sukar kerana beliau berada dalam kelas yang tersendiri. 
Jadi tidak hairanlah beliau lebih dikenali sebagai Mat Jargon kerana sifat “jargounisme” yang dimiliki beliau diamana dia dilihat tergolong dalam  “jargounisme” iaitu amalan menggunakan istilah-istilah tinggi yang maksudnya hanya difahami ahli-ahli bidang ataupun orang-orang berkaitan.

“Saya keliru dengan Belanjawan 2024”antara reaksi beliau sejurus pembentangan Belanjawan 2024 oleh PMX baru baru ini. Cuma barangkali rakyat perlu tahu Mat Jargoun dalam ketidurannya yang pernah dirakamkan di Parlimen barangkali sedang bermeditasi yang akan menyelesaikan masalah rakyat di Machang.

Ketua Armada Bersatu yang juga Timbalan Ketua pemuda Perikatan Nasional itu berhak untuk keliru tetapi mengelirukan rakyat dengan “jargounisme” nya seolah olah PMX mengemukakan Belanjawan yang diluar jangkauan pemikiran. 

Wan Fasyal perlu jaga dari ketiduran kerana beliau perlu juga mula menghafal dalil dalil yang menguntungkan Bersatu, belajar menunggang agama sebagaimana yang diterangkan ketika ditemubual oleh KJ DJ Keluar Sekejap.

Laras bahasa tinggi sebagaimana Wan Fashal adalah kerana memiliki IQ di luar kotak sebagaimana idea beliau untuk mempertahankan cadangannya bagi membantu rakyat dengan cara “pengampunan hutang” dan mencetak lebih banyak wang kertas untuk diagihkan kepada orang untuk dibelanjakan.

Mat Jargoun tetap berada di dalam kelasnya tersendiri, beruntungnya Bersatu memiliki barisan kepimpinan muda yang yang akan ketiduran dan berada di alam sebalik mata maka beliau akan sentiasa keliru dan mengelirukan.

Jargoun Oh Jargoun. - ANAK CILI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow