KAFIR MENGKAFIR BERGEMA DI PARLIMEN! PAS MEMALUKAN ISLAM
Isu kafir mengkafir secara terbuka di Parlimen yang disaksikan oleh rakyat sangat mendukacitakan di saat rakyat mahu melihat pemimpin yang mereka pilih lebih matang dalam berpolitik. Rakyat memilih pemimpin untuk menjaga kesejahteraan hidup di bumi bertuah Malaysia bukan mahu mendengar hiruk pikok umpama sarkis di Parlimen.
Lihat video di link
https://fb.watch/nLeeMv8XgP/
Selayaknya soal kemaslahatan rakyat dalam mengharungi kehidupan menjadi persoalan pokok yang dibincangkan dalam kerangka Belanjawan 2024. Tetapi budaya berpolitik tanpa sempadan dengan menjadikan isu agama dengan kafir mengkafir menjadi pilihan untuk mencari keuntungan politik sempit.
Api kebencian agama tidak akan menyala dengan sendiri tetapi dapat disaksikan dengan jelas oleh rakyat bagaimana Ahli Parlimen Pengkalan Chepa membangkitkan isu kafir mengkafir dengan menjadikan Ahli Parlimen Ipoh Timur sebagai sasaran mudah. Rupa rupanya pemimpin PAS masih lagi belum cukup puas melakukan provokasi terjemahan Al Quran oleh Howard Lee yang di jaja sepanjang kempen PRK Pulai, PRK Simpang Jeram dan Pelangai dengan masih memanjangkannya di Parlimen.
Howard Lee sudahpun memohon maaf atas kekhilafan beliau secara terbuka bagi meredakan serta mengelakkan salah faham dikalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa di Malaysia sekalipun tidak pernah pun kita dengar pemimpin parti Gerakan dan DHPP yang juga membaca terjemahan Al Quran di minta memomohon maaf.
Malaysia tidak akan mengecapi suasana yang aman dan tenteram selagi ada PAS mempergunakan lalu memperkudakan agama untuk kepentingan politik. Tidak kedengaran lagi dikalangan pemimpin PAS yang mampu berhujah soal ekonomi Islam yang boleh dipraktikkan ketika Perbahwasan Belanjawan 2024 tetapi terus terusan menjadikan isu kafir sebagai modal untuk terus berada di kerusi empuk di Parlimen.
Tetapi dalam masa yang sama pemimpin PAS berjabat tangan mesra dengan Menteri Pembangunan Singapura Si Kafir yang tidak dikafirkan. Lepas beroleh laba , jangan lupa di bawa delegasi Si Kafir Singapura ke Ladang Musang King Si Kafir di Kelantan yang terbesar di Malaysia untuk sama sama sendawa dan kekenyangan.
Di lurah air yang besar , di bukit orang yang hanyut. Yang bersalah hanyalah orang yang tidak dapat menguntungkan perjuangan politik PAS memualkan dan memalukan. - ANAK CILI
Apa Reaksi Anda?











